Sunday 15 January 2012

Ketika Cinta Berbisik (Part 2)


Nasuha menyusun fail tender mengikut abjad,mudah untuk dirujuk kemudian hari.Sudah menjadi kelazimannya.Setiap barang akan disusun mengiikut susunan supaya kelihatan kemas dan tidak susah untuk dicari nanti.Deringan telefon membantutkan susunan Nasuha.
“Helo?”sapa Nasuha.
“Cik nasuha,Encik Harith nak salinan asal kontrak kita dengan Timur Sejagat.Dia nak sekarang,Kalau boleh tolong hantar kepejabat dia.”jelas suara Neng Shamira,setiausaha  Syed Harith.
“Baik,sekarang jugak saya pergi.”Lemah suara Nasuha mematikan panggilan tersebut.
”Aduh....mamat nie..tak boleh ke suruh setiausaha dia datang ambik..kan senang...nak aku pulak pergi hantar....hish!”gumam Nasuha sambil mengambil fail kontrak tersebut lalu beransur ke bilik Syed Harith.
Setelah mendengar arahan masuk daripada suara dari dalam bilik,Nasuha melangkah masuk sambil menjinjit fail yang dipinta oleh Syed Harith.
Syed Harith mendongakkan kepalanya setelah menyedari kehadiran Nasuha.Matanya dicelikkan seluasnya.
“So....inilah Cik Nasuha Hatasha Idris,kecik jugak syarikat nie ya...”syed Harith memulakan bicara.
Nasuha mencebik di dalam hati.
“Er...Encik Syed,ini kontrak yang Encik nak tu.Kalau tak ada apa-apa lagi,saya minta diri.”balas Nasuha ringkas.Malas mahu berlama-lama di dalam bilik pejabat ini.
“Well,tak nak duduk dulu ke?Have a cup of coffe?Lagipun dah dekat waktu lunch..why not we go together?”pelawa Syed Harith ikhlas.
‘Dasar kasanova...tahu dek Minah Ulat bulu kau tu..mampus aku...’gumam Nasuha didalam hati.Senyuman terukir dibibirnya.
“Maaflah Encik,saya dah janji dengan kawan nak keluar lunch dengan diorang,tak manis pulak kalau kita mungkir kan?Kalau tak ada apa-apa lagi,saya keluar dululah.”Nasuha bersuara lalu berpamitan.
            Syed Harith menghantar pemergian Nasuha dengan pandangan yang kecewa.”Tak apa...kau jual mahal dulu.....kau belum kenal lagi sapa Syed Harith Saifuddin  Dato’ Syed Mokhtar.”lalu ketawanya bergema.


@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@
Hujung minggu yang membosankan.Nasuha menyidai pakaian yang sudah dicuci pagi tadi.Biasalah hari minggu begini,Suraya pastinya berdating dengan buah hatinya.Wajihah pulang ke rumah kakaknya di Cheras.Rasa kesepian dan kehilangan menggigit jiwa.
Lebih kurang dua minggu lagi Shahir akan ke jinjang pelamin dengan pilihan ibunya.Sedangkan dia,masih lagi tiada pengganti.
            “Ku persembah cinta suciku
            Buat insan yang tersayang
            Ku ukirkan dalam hatimu
            Jawapan cinta kepadamu
            Agar kau mengerti….”
Nasuha menyanyi kecil.Lagu Cinta nyanyian Mohd mentor menjadi siulannya.Seusai menyidai pakaian.Nasuha melangkah ke dapur.Hari ini gilirannya untuk memasak.
Satu peti sejuk diterokanya.Kosong!
“Kena pergi pasaraya ni.Aduh!”rungut Nasuha.
Pantas kakainbya melangkah ke bilik untuk mengambil kunci kereta dan dompetnya.Rambut ikalnya diikat ekor kuda kemas.Bibir mungilnya didalam kereta.
Pasaraya Carrefour kelihatan agak sibuk.Maklumlah cuti-cuti begini.Pasti ramai yang membeli belah bersama keluarga untuk bekalan selama seminggu.Beginilah kehidupan dikota.Hanya dihujung minggu sahaja untuk bersama keluarga.
Nasuha mengambil troli untuk mengisi barang yang bakal dibelinya nanti.Satu persatu ditelitinya.Dari makanan basah hinggalah yang kering.Hampir penuh satu troli yang dibawanya.Nasuha sedang mengambil tempat untuk beratur membayar barang yang sudah dipenuhkan ke dalam trolinya.

“Nasuha!What are small world?”Satu suara menyapa Nasuha dari belakang.
Nasuha menoleh.Pandangannya tertumpu pada wajah dihadapannya.
‘Mamat Crocodile Land ni buat apa kat sini pulak...Tak ade pasaraya lain ke yang dia nak pergi.Hish!’Gumam hati Nasuha.Tetapi bibirnya masih mengukir senyuman yang nyata tidal ikhlas.
“Eh encik Harith...Beli barang ke?”Soal Nasuha kebodohan.
“Habis tu you nampak I buat ae kat sini?Shopping ke?”Usik Syed Harith.
Nasuha tersenyum kelat.Setelah jurujual itu menyatakan jumlah yang perlu dibayar,Nasuha menyerahkan sekeping not 100.Seusai itu dia menoleh ke arah Syed Harith.
“I have to go now.Assalamualaikum.”Nasuha berpamitan lalu bingkas pergi tidak menoleh lagi.Malas rasanya untuk berlama-lama bersama lelaki Crocodile Land itu.

“Fuhh..nasib baik lepas.”Nasuha rimas jika lelaki itu bersamanya.Pernah sekali ketika dia menghadiri mesyuarat dengan semua ahli lembaga pengarah,lelaki itu tidak berkelip memandangya.Tambahan pula meraka duduk di arah yang bertentangan.Dari awal mesyuarar hingga tamat lelaki itu tidak lekang dengan senyuman dan tidak mengalihkan pandang darinya langsung.Rimas dibuatnya.
Setelah menghidupkan enjin kereta,cermin tingkapnya di ketuk dari luar,Nasuha menurunkan cermin keretanya.Terjengul wajah Crocodile Land tadi dengan senyuman.
“Anything else can i help you Encik Syed Harith?”Soal Nasuha sinis bersama senyuman yang nyata tidak ikhlas.
Syed Harith tersenyum menggoda.Nasuha....kau sedang cabar aku ke?Syed Harith bersoal sendirian.
“I think shall we go for breakfeast together?”pelawa Syed Harith.
Nasuha termangu.”Maaf,saya dah breakfast tadi di rumah.Nak balik masak untuk lunch pulak.May i go now?”Nada suaranya kedengaran tegas.Sudah rimas dengan kehadiran lelaki ini yagn tidak jemu untuk mendekatinya.
“I just nak ajak you breakfast.That’s all.Sebagai bos and pekerja?”pinta Syed Harith lagi.
Nasuha menarik nafas.”Saya minta maaf Encik Harith.Saya nak balik masak untuk kawan-kawan saya.Lagipun hari ni kan cuti so,rasanya saya bukan lagi pekerja Encik Harith sejak 6 petang semalam.Pukul 9 pagi isnin nanti baru saya pekerja Encik semula so,please...”Nasuha pantas menghidupkan enjin kereta lalu betgerak meninggalkan Syed Harith yang masih terpinga-pinga dengannya.
“Liar burung ni rupanya...tak apa biar Syed Harith jinakkan.”Dendam Syed Harith dengan senyuman jahat.
Syed Harih akui,gadis ini sukar untuk didekati.Sukar untuk di kawal.Bukan dia tidak pernah cuba untuk mengayat gadis ini.Ada sahaja alasan untuknya berdalih.Apa tidak cukup kacakkah dia?Kaya apatah lagi,kalau gadis lain berebut-rebut minta perhatian darinya,dia pula sungguh-sungguh menolak bahkan kalau boleh langsung tidak mahu bertemu muka dengannya.
            Sedikit tercabar egonya sebagai lelaki apabila ditolak mentah-mentah oleh seorang perempuan.Siapa tidak kenal dengan Syed Harith Saifuddin.Mr Casanova Kuala Lumpur.Wajah mirip pelakon sepet,Lee Min Ho itu mampu mencairkan mana-mana gadis yang terlekat pada pandangannya.Tidak hairanlah kalau gadis-gadis di luar sana sanggup bergaduh sesama sendiri untuk mendapatkan lelaki berkulit putih ini.Anak mata hitamnya cukup memikat.Ditambah pula tubuh sasanya.Enak berada dalam dakapan lelaki ini.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Datin Mahani terjaga lagi.Tidur malamnya selama 25 tahun ini masih sama.Tidak pernah nyenyak.Mimpi yang sama masih menghantui tidur malamnya.Sepi.Dia mengusap wajahnya.Satu keluhan dilepaskan.Penyesalan menerpa kembali.
‘Ya Allah,kau ampunilah dosaku Ya Allah.Kau peliharalah puteriku ya Alllah.Lindungilah dia ya Allah.Temukanlahku dengannya ya Allah.Tidak tertanggung penyesalan ini ya Allah.’Doa wanita itu sekudusnya.Penuh kesedaran.
Dipandang wajah suaminya yang masih enak diselubungi lena.Dia mengusap kepala yang memutih dengan rambut putih itu.Lelaki ini banyak berkorban untuknya.Setiap detik sentiasa bersamanya.23 tahun melayari bahtera perkahwinan bersama Dato’ Hamzah,tidak pernah sepi dengan ungkapan bahagia.Ditambah dengan kehadiran dua cahaya mata melangkapkan dirinya sebagai wanita dan ibu.
Namun,ada segenap rahsia hidupnya yang tidak pernah diceritakan pada lelaki ini.Berat rasanya untuk diungkap.Biarlah ia tersimpan kemas dalam hatinya.
Tapi sampai bila?Suatu saat segalanya bakal terbongkar.Segalanya hanya menunggu masa untuk tersebar.Cukup kuatkah dia untuk menghadapinya nanti.
            Perrsoalan demi persoalan,datang dan pergi mengunjungi lubuk hatinya.Kenangan 25 tahun lalu seolah-olah terakam dimindanya.Masih jelas.Wajah anak kecil yang masih merah dalam dakapannya.Tangisan itu masih jelas di pendengarannya.Ya,dia yang melahirkan bayi itu.Bayi yang lahir hasil perkongisan hidup bersama lelaki yang amat dicintainya.
Terasa ada tangan yang mengusap belakangnya.Senyuman terukir dibibirnya.
“Sayang ralitkan apa tu?Ingatkan abang ya?”Sapa Idris.
“Abang ni,mestilah Hani ingatkan abang.Siapa lagi yang Hani nak ingat.Hurm...abang,comelkan anak kita.”balasnya.
“Mestilah,tengoklah siapa abahnya.”tokok Idris dituruti dengan ketawa.Bahagia.Ya saat ini,perkataan itu yang mampu mengambarkan rasa hatinya.

“Hani...kenapa ni?Tidurlah dah nak pagi,Esok abang nak ke Melaka.Tidurlah”teguran itu memecahkan lamunan Datin Mahani.
‘Baiklah bang.”Lalu bingkas dia merebahkan tubuhnya ke katil.Matanya cuba di pejam rapat.Tidurlah mata,pergilah sepi,hilanglah duka.
♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Syed Harith asyik dengan kerjanya.Jam sudah pukul satu setengah.Waktu makan tengah hari sedang berlalu.Dia harus segera menyiapkan laporan ini.Papanya sudah mengingatkannya untuk menyiapkan laporan usahasama syarikat mereka dengan Mega Jaya.Kenalan papanya sejak 15 tahun lalu.Perutnya terasa lapar,namun untuk keluar makan tengah hari rasanya sudah lewat.
“Makan mi segera cukuplah.”Bebel Syed Harith lalu bergerak ke pantry.
Setibanya di pantry,Nasuha sedang termenung.Senyuman terukir dibibirnya.Tangannya mencapai cup mi segera.Maggi berperisa tom yam itu di masukkan sedikit air panas untuk melembutkannya.
Nasuha masih lagi dengan menungannya.Tidak sedar dengan kehadiran Syed Harith.Syed Harith melabuhkan punggungnya disebelah Nasuha.Gadis itu sedikit kager dengan tindakannya.
“Jauh menungnya.Teringatkan kekasih hati ke?”Duga Syed Harith.
Nasuha mengerlingnya dengan pandangan yang tajam.
“Maaf.Saya ada banyak lagi kerja ak buat.I have to go now.”Balas Nasuha lalu bangun untuk keluar dari pantry.Tidak selesa rasanya berdua-duaan dengan Crocodile Land ini.Menyesal pula rasanya tidak mengikuti Zaharah dan rakan sepejabat yang lain untuk makan tengah hari tadi.
Dengan sepantas kilat Syed Harith mencapai pergelangan tangan Nasuha.Gadis itu cuak.
“What are you doing Syed Harith!”bentak Nasuha.Dia tidak suka dengan tingkah lelaki itu.Rasa benci mula menular di lubuk hatinya.
Syed Harith hanya tersenyum sinis dengan kata-kata Nasuha.
“Tak boleh ke you duduk sini teman I makan sampai habis.Just like you having lunch with me.Lagipun tak baik kan makan sorang-sorang,ade syaitan join kita.”Balas Syed Harith dengan senyuman.
Dengan perlahan gengaman tangan Nasuha dilepaskan.Gadis itu menjarakkan kedudukan.
“Banyak lagi orang yang boleh temankan Encik Harith makan.Girlfreiand awak kan ada.Kenapa perlu saya?”ucap Nasuha lalu beredar.Boleh gila dibuatnya kalau terus berlama dengan Syed Harith.Tidak takutkah lelaki itu sekiranya kakitangan S&S Holding akan terlihat adegan tadi.Mahu heboh satu aras.
            Syed Harith mengetap giginya.Di capai cup mi segeranya yang rasanya sudah kembang untuk dimakan.Senyuman hampa terukir di bibirnya.
“Jual mahal konon.Tunggu permainan dari aku.”ucap Syed Harith.Lalu berlalu ke biliknya.Kerjanya masih menimbun.


P/S:setakat ni ape korang rasa?

1 comment: