Wednesday 11 January 2012

Ketika Cinta Berbisik (Part 1)


KETIKA CINTA BERBISIK
Oleh: Pieja La Dolce
Mungkinkan terputus di tengah jalan
Mungkinkan terlerai tanpa ikatan
Usah ragu dengan takdir……
Bait-bait lagi Cinta Terakhir dendangan Aiman bergema di ruang bilik.Nasuha mengelap airmata yang mengalir.Dia yakin kini,Shahir bukan miliknya lagi.Hampir 5 tahun menyulam kasih,akhirnya Shahir menyunting bunga di taman lain untuk dijadikan isterinya.Hampa,kecewa segalanya bermain di dalam hati.Jika cinta itu terputus angkara insan ketiga mungkin sakitnya lain,tapi luka ini angkara kasih yang samar.
            Tidak cukup lagikah tingkah lakunya,kata-katanya sudah menunjukkan betapa dia menghargai lelaki itu.Masih terngiang-ngiang lagi kata-kata dari lelaki itu di cuping telinganya.Fikirannya mengimbau peristiwa lewat malam itu.Ketika dia dan Shah menjamu makan malam.
“Suha,kita dah lama kenal,tapi Shah tak pasti adakah perasaan Suha pada Shah sama.So,bila mama Shah suruh Shah terima Nina.Shah terus setuju.Sebab Shah fikir Suha dan Shah ada jurang yang teramat besar..lagipun,sepanjang kita kenal,kita just chat on the line,Shah tak pernah kenal Suha sedalamnya.Shah ajak keluar,macam-macam alasan yang Suha bagi.Shah ada perasaan Suha.”
            Kata-kata itu umpama belati yang menusuk kalbu.Darah merah kecewa tersembur lalu tumpah keatas bumi kelukaan yang cukup menyeksakan sekeping hati.
“Shah..kalau ini yang Shah fikir yang terbaik untuk hubungan kita.Suha terima dengan ikhlas hati.Sekalipun jiwa ini merintih,Suha pasti inilah yang terbaik untuk Shah dan Suha.Assalamualaikum.”ujar Nasuha lalu bangun untuk pergi dari situ.
Tidak mampu rasanya menatap wajah yang telah memberikan sinar buatnya selama ini namun wajah itu juga telah melapah hati dan perasaannya.
“Suha….Shah minta maaf.Kita masih boleh jadi kawankan?”
Kata Shah sebelum Nasuha melangkah pergi.
“Insyaallah.Suha akan cuba jadi kawan yang terbaik untuk Shah …”ujar Nasuha dengan senyuman yang cukup ikhlas.Jauh didasar hatinya bagai disiat-siat halus perasaannya ketika ini.
Ketukan dipintu mematikan lamunan Nasuha.Pantas diseka airmatanya.Pintu dibuka.Wajah Suraya terpacul dimuka pintu biliknya.
“Eh,Suha..kau nak ikut kitaorang pergi pasar malam tak?Wajihah ajak kita pergi.”terjah Suraya.
“Malaslah aku….korang pergilah…aku kirim kat korang dah lah ye.Lagipun aku ada kerja la nak buat.Sorry ye…”balas Nasuha dengan senyuman.
“Urm…ok laaa kalau dah tu yang kau nak….Kau buat lah kerja kau.Aku pergi dulu ni.”pamit Suraya.
Nasuha membaringkan tubuhnya keatas katil.Direnungnya siling rumah.Sekali lagi air jernih turun melatari pipi mulusnya.
Membesar tanpa insan bergelar orang tua.Nasuha bertatih mencari sinar kasih-sayang.Sendirian membesar.Membina kekuatan untuk terus hidup di muka bumi ini.Kehadiran Shahir ketika diri dilambung kesepian membuatkan hidup Nasuha kembali indah.
 Ketika dirinya benar-benar bahagia,Shahir pergi bersama kenyataan yang cukup memeritkan.Salahkah jika dia tidak membalas ucapan cinta lelaki itu.Salahkah jika dia hanya sekadar berbasa-basi membalas  rasa rindu lelaki itu.
“Shah,inikah akhirnya hubungan kita?Sampai hati Shah.Shah tahu tak Shah lah lelaki pertama yang menakluki  hati ini.”rintih hati Nasuha.
@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@@

Nasuha mengemas mejanya.Jam di tangan dikerling.Tepat pukul 5.00 petang .Langkahnya diatur kepintu.Belum sempat dia mencapai tombol pintu,handphone SONY ERICSON merah hati itu berdendang rancak minta diangkat.
Setelah berbalas salam dan bertukar informasi,panggilan dimatikan.Nasuha mengatur langkah ke lif.Punat anak panah ke bawah di tekannya.Sejurus itu,pintu lif ternganga,Nasuha masuk dengan berhati-hati,sebelum pintu tertutup rapat ada tangan yang menghalang denga sapaan.
“Tunggu!”
Pintu terbuka semula,terjengullah dua insan sedang berpimpin tangan lelaki dan perempuan.Dia kenal wajah itu.Siapa lagi kalau bukan Syed Harith Saifuddin,Pengarah S&S Arjuna Holding tempat dia dan beratus lagi manusia lain mencari nafkah.Dan perempuan yang umpama ulat bulu yang melekat ini,Syaza Ariena model terkenal.
Sudah menjadi rutin baginya,tepat 5 petang akan muncullah beliau di aras 17,Menara S&S Arjuna Holdinh ini menjemput buah hati kesayangan.Nasuha sudah lali dengan panorama pasangan dua sejoli ini.tidak mengira tempat dan waktu,berkepit disini-sana.Tanpa sebarang ikatan.Tidak terfikirkah mereka mahu menghalalkan ikatan dan sentuhan itu?
“Apa pandang-pandang?Tak pernah tengok orang ke?”Sinis sekali kata-kata itu menujah anak telinga Nasuha.Syaza Ariena memandang Nasuha penuh kebencian.
“Maafkan saya,saya tidak sengaja”hanya itu yang keluar dari bibir Nasuha.Malu pula apabila diterjah begitu.
“You kerja di jabatan mana?”Soal Syed Harith.Tangannya masih dalam pautan Syaza Ariena.
“Akaun”sepatah yang keluar dari bibir mungil itu.
“Tapi I tak pernah nampak you pon?”
‘Mana lah kau nak nampk kalau 24 jam kau berkepit dengan minah ulat bulu tu’kutik hati Nasuha.
NAsuha tidak menjawab soalan tersebut setelah pintu lif terbuka,meluru Nasuha keluar dari lif tersebut,
Syed Harith memandang sepi pemergian Nasuha.
“Sombong,Tanya sikit dah sombong”rungut  Syaza Ariena dengan angkuh.
“You pun pantang tengok perempuan cantik ada aja modal nak menegur.Kalau I tahu you curang dengan I...siap you I kerjakan”ugut Syaza Ariena dengan wajag yang cukup sinis.
“Selama ni pernah ke I curang dengan you?”Syed Harith menyoal kembali.
“Memanglah tak pernah tapi cara you pandang perempuan tu tadi macam nak telan.I tak sukalah.”
“You ni suka sangat berfikiran negatif.Biasalah lelaki kalau jumpa perempuan cantik mestilah kena tengok takkan nak pergi peluk pula?”Syed Harith menjawab dengan gurauan.
“Hish!you ni....gatalkan?Jangan sampai i dengar apa-apa gosip tentang you dengan perempuan tu you tunggu ajalah apa yang I nak buat nanti.”sambung Syaza Ariena lagi dengan wajah yang menahan api cemburu.
Pantang baginya jika melihat orang lain lebih hebat darinya.4 tahun bergelumang dalam dunia peragaan menjadikan dia cukup terkenal dan sinonim dalam dunia fesyen.Keluar negara,dalam negara semua itu tidak asing lagi.Sebut sahaja Syaza Ariena wartawan malahan VIP pasti tersenyum mendengarkan nama itu.memiliki tubuh yang memukau,wajah yang jelita,pakej yang menjadikan begitu terkenal dalam kalangan pria-pria yang kacak dan terkenal.Kejelitaannya tidak setanding sikapnya.Sering bertukar pasangan seolah-olah menukar baju di dalam almari.Asal kaya dan ternama pasti itu yang dipilih.


P/S :how ??

No comments:

Post a Comment