Saturday 18 February 2012

Ketika Cinta Berbisik (Part 3)


♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Nasuha meneguk milo panas di dalam mug dengan rakus.Kali ini lelaki Syed Harith dah melampau.Entah apa yang dibuatnya sehinggakan dia harus bertukar kerja.Menggantikan setiausahanya.Alasan yang cukup tidak logik.Dia ingan menerapkan nilai kerja sama diamana setiap kakitangan akan ditukarkan posisi ke mana-mana bahagianyang dirasakan sesuai dengan kriteria yang dimiliki oleh peribadi kakaitangan.Paling menyakitkan hatinya apabila dia terpaksa bertukar posisi dengan Neng Shamira,setiausaha Syed Harith.
            Pasti selepas ini dia akan selalu bersama lelaki itu.Menyediakan keperluan lelaki itu di pejabat.”Ya Allah,apa lagi yang sardin cap crocodile land tu nak dari aku.Aku tak nak tu tak paham-paham lagi ke?”Nasuha melepaskan keluhan.
Suraya yang menjenguk ke dapur terdengar keluhan itu.
“Kau ni kenapa Suha.Dari balik kerja tadi aku tengok muka monyok tahap cipan.Kenapa?Kau ada masalah ke?”sapa Suraya.Risau juga melihat keadaan teman serumahnya.Sudah hampir 5 tahun mengenali gadis bermata hitam pekat ini.Tidak dinafikan anak mata gadis ini memang cantik.Hitam pekat,matanya bulat,umpama guli yang bersinar.Susuk tubuh yang langsing.Nasuha mampu mencairkkan mana-mana lelaki jika dia mahu,tapi dia tahu hati gadis itu sedingin salju.Sekeras batu.
“Tak apa-apa lah Sue.Cuma aku geram dengan bos aku tu.Entah angin apa entah,ditukarnya aku jadi setiausaha dia.Tak pasal-pasal aku tukar profesion.Dah tu main paksa-paksa pulak.Mau tak angin aku.”kongsi Nasuha.
“Oo...macam tu ke?Entah-entah dia tu suka kat kau tak?Manalah tahu tu cara dia nak tackle kau...kau kan cantik,menawan”balas Suraya dengan senyuman.Keningnya diangkat.
“Hish!kau jangan mampus aku nak menjawab dengan Ulat bulu dia.Kau jangan,silap hari bulan makan nasi guna straw aku.”Seluruh Nasuha.Ketawa mereka kedengaran.
Tidak sanggup rasanya membayangkan sekiranya benar telahan Suraya.Namun jauh disudut hatinya mengiakan kata-kata Suraya.Sejak kebelakangan ini,Syed Harith sering cuba mendekatinya,paling menakutkannya adegan di pantry tempoh hari.Berani lelaki itu memegang tangannya.
Lelaki itu mampu bertindak diluar jangkkan akal fikirannya.Memikirkan itu,seram sejuk Nasuha dibuatnya.
            Tidak mungkin Syed Harith ada hati padanya,mana hendak diletak Ulat bulu kesayangannya.Mahu lumat dia dikerjakan dek Ulat bulu itu.Tetapi tindak tanduk Syed Harith benar-benar membuatkannya nanar.Cukuplah dengan kehilangan Shahir,yang sudah merentap sebahagian dari dirinya.Tidak mahu lagi mengulangi kedukaan lalu.Cukuplah pisang berbuah sekali.Hati ini sudah remuk jadinya.

Pagi itu riuh satu pejabat,sejambak bunga ros merah tersadai diatas meja Nasuha.Hari pertama bertugas sebagai setiausaha Syed Harith sudah mendapat bunga.Nasuha pelik.Sebelum ini bukan tidak pernah dia mendapat bunga,tetapi dia menerima secara terus dari pemberinya,siapa lagi kalau bukan Shahir.Naun sudah lama lelaki itu tidak dihubunginya.
Nasuha mengambil jambangan bunga itu lalu tiliknya kad yang terselit di celah bunga yang mekar mengharum.
Tertera tulisan yang agak kemas.
                                    Selamat bertugas.
                                                                        with love
Tiada tandatangan.Nasuha mencebik.Hendak bermain teka-teki pulak.Diambilnya bunga itu lalu dihumban ke dalam tong sampah yang berhampiran.Namun kad bertulis tangan itu disimpannya.Nasuha tidak suka mendapat pemberian yang tidak bertuan.Seolah dirinya dipermainkan.
Pernah di zaman sekolah,dia menerima patung teddy bear berwarna coklat.Puas di tanya satu kelas siapa pemberinya.Namun tidak diketahui.Patung itu dibawa pulang ke asarama.Tepat jam 3 pagi patung itu berbunyi dan meletup.Heboh satu asrama.Sedikit sebanyak peristiwa itu membawa trauma dalam hidupnya.
Dia mengambil buku yang sering Neng Shamira gunakan untuk mencatat janji temu Syed Harith Dia membuka kalendar utnuk melihat catatan tambhan yang dibuat oleh Neng Shamira.Kekok rasanya menjawat jawatan ini.Namun digagahi juga.Mungkin sementara.Kelibat Syed Harith melintasi mejanya dipandang sepi.Lelaki itu pantas masuk kebiliknya.
Sejurus kemudian Nasuha menbuntuti langkah Syed Harith.Dia memulakan tangungjawabnya sebagai setiausaha.
            Ketukan di pintu menandakan kedatangan Nasuha dijawab dengan panggilan masuk oleh Syed Harith.Perlahan-lahan ideanya menunjukkan hasil.Dia mahu gadis ini dibelenggu olehnya.Dia sanggup buat apa sahaja asalkan hatinya puas.Gadis ini akan tersungkur dalam pelukannya.
 “Encik tak ada apa-apa meeting hari ini,Cuma Encik ada lunch dengan Dato’ Mokhtar.Dia nak jumpa dengan Encik untuk bincangkan tentang projek usahasama dengan Mega Jaya.That’s all for now.Anything else?”soal Nasuha.Wajah Syed Harith langsung tidak dipandangnya.
“Well..selalunya Neng Shamira akan sediakan Horlicks untuk saya.Maybe dia terluapa nak beritahu you.So,secepat yang boleh.Tolong sediakannya untuk saya.”Arah Syed Harith.Matanya masih menatap wajah mendung Nasuha.Bibir itu berat untuk mengukir senyuman buatnya.
“Baik Encik.Kalau macam tu saya minta diri dulu.”ucap Nasuha berbasa-basi.Ikutkan hati mahu sahaja dia menjerit.
            Seketika rasa benci membuak-buak tumbuh di segenap ruang hatinya.Mahu saja dipenggal kepala  Syed Harith.Oh Tuhan cepatkanlah waktu.Tolonglah hambamu ini.

Syed Harith meneguk minuman yang dihantar oleh Nasuha.Matanya mengerling memandang Nasuha melalui cermin yang memisahkan mereka berdua.Matanya tertancap pada sejambak bunga yang terletak elok di dalam tong sampah.Bunga itu pemberiannya.Mudah benar gadis itu membuangnya.Belum sempat dia melihat gadis itu menyentuh bunga yang mekar itu.
“Tak apa..tak apa..aku nak tengok sejauh mana kau boleh tahan dengan aku”ucap Syed Harith.
Telefon bimbitnya berbunyi nyaring.Lalu dicapai dan tekan punat untuk menjawab dan ditekupkan ke telinganya.
“Sayang,you kat mana?You cakap nak jemput I hari ni.”Rengek suara di hujung talian.Siapa la kalau bukan Syaza Ariena.Syed Harith menayangkan muka rimas.
“Ok sayang,i`m on my ways”talian diputuskan.Memang dia sudah berjanji untuk menjemput model itu yang baru pulang dari Milan untuk satu ‘photoshoot’.Sebulan dia disana.
Syed Harith meluru keluar,harus cepat kalau tidak susah pula untuk melayan rajuk Syaza Ariena.

♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥♥
Pokok bunga yang tumbuh mekar disiram dengan penuh cermat oleh Datin Mahani.Petang-petang begini inilah hobinya.Menyiram pokok bunga di taman buatannya.Beberapa jenis pokok diimport khas oleh suaminya ketika keluar negara atas urusan perniagaan.
Puteri bongsunya sedang menelaah pelajaran.Mukhlisa Fatihah bakal menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia hujung tahun ini.Tekun benar anaknya mengulang kaji pejaran.Mahu melanjutkan pelajaran keluar negara katanya.
            Terbit rasa bangga kerana anak-anaknya mempunyai tujuan dan matlamat hidup yang jelas.Anaknya yang sulung kini sedang menguruskan perniagaan bersama suaminya.Megah Jaya.Tidak sia-sia menghantar anaknya itu jauh di rantau London untuk melanjutkan pelajaran,berbaloi rasanya.
“Mama!jom minum ni,Mak Cik Yam dah bawak.Dia buat kuih binka ubi kayu.Jom la mama!”panggil Mukhlisa Fatiha.Sekali gus merentap lamunan Datin Mahani.
Datin Mahani menutup paip air.Dia berjalan menuju ke arah anaknya.
“Ye laa mama datang la ni.”Balas Datin Mahani dengan senyuman.
Dia melabuhkan punggung bertentangan dengan Mukhlisa Fatiha.Dua beranak itu menikmati minum petang bersama.Sesekali kedengaran gelak ketawa diselang-selikan dengan nada mengusik.
“Mama,kan best kalau Ieha ada adik.Tentu seronok.Bila kak yana nak kahwin ni ma?Ieha sunyi la.Asal petang aje,kita berdua.Kak yana dengan papa tengah malam baru nampak batang hidung itu pun Ieha dah tidur.Dah tu esoknya bangun awal pagi kelam kabut nak pergi kerja.”
Datin Mahani tersengih mendengar keluhan anak bongsunya.
“Amboi anak mama.Jauh lencongnya.Kak yana tu kan baru aja tolong papa.Lagipun dia tu bukan suka sangaat bila kita bangkitkan soal jodoh,ada saja alasan dia.Susah-susah sangat Ieha je la yang kahwin dulu.Nak tak?”saja diusik anak gadisnya itu.
Pantas sahaja dia menggeleng.Laju.
“Tak naklah mama.Ieha kan muda lagi.Banyak lagi yang nak Ieha capai dalam hidup Ieha”telus suara itu bergema.Datin Mahani tersenyum dengan kata-kata itu.Terbit rasa bangga dihatinya.
“Baguslah kalau itu yang anak mama fikir.Mama harap anak mama ni takkan buat perkara yang memalukan mama.”Nasihat Datin Mahani.
            Bercakap mengenai cucu.Terbayang di tubir matanya,sudah besarkah anak gadisnya?Masih bernafaskah ia dimuka bumi ini.Apa sudah berumahtanggakah anaknya itu.Persoalan yang tiada jawapan.Dimanapun dia,doa dari hati yang ikhlas sentiasa mengiringi perjalanan hidup seorang anak yang entah dimana.

Datin Syarifah Syuhada menggeleng melihat tingkah anak terunanya.Sudah berbuih mulutnya menasihati,bahkan puas dileteri pemuda itu untuk merubah lakunya.
“Harith...tolong la dengar sikit cakap mama ni.Kamu nak papa kamu mengamuk ke tengok kamu macam ni.Mama letihla dengar papa kamu membebel.Hentikanlah keluar-keluar malam kami ni.Kamu tu dah boleh jadi suami orang dah tahu.”Keluh Datin Syarifah Syuhada kepada anak terunanya.
“Alaa..mama,biasa laa,masa  ni la Harith nak enjoy puas-puas.Nanti kalau dah kahwin,dah tak boleh jadi macam ni lagi.Ok mama.Harith pergi dulu.”Satu kucupan hinggap di pipi Datin Syarifah Syuhada.
            Syed Harith berlalu tanpa rasa bersalah dengan sikapnya itu.Datin Syarifah Syuhada mengeluh.Selagi Syed Harith tidak berumah tangga,selagi itulah hati perempuannya tidak akan tenang.Perempuan manakah yang boleh mengubah laku anaknya itu.Kalau hendak cari yang mahukan anaknya itu memang bersepah,tetapi yang betul-betul boleh dibuat isteri itu yang merunsingkannya.Entah sikap kasanova siapa yang diperolehnya itu.Setahunya,suaminya dulu bukanlah jenis kaki perempuan bahkan pemalu.Dia mengenali suaminya itu pun setelah hari akad nikah.Itulah pertama kali dia memandang wajah suaminya.Dan alhamdulillah kini hampir 30 tahun mahligai cinta mereka tetap utuh bersama arus masa.Dikurniakan 3 orang cahaya mata makin menyerikan hubungan mereka suami isteri.Anak sulungnya telah mendirikan rumah tangga bersama kekasih hati.Syarifah Munirah Hayati.Sudah mempunyai anak kecil.Sekarang telah berkhidmat sebagai pakar sakit puan di klinik swasta.Yang bongsu pula sedang melanjutkan pelajaran di Liverpool.Setahun lagi bakal pulang.
            Yang merisaukannya sekarang,Syed Harith Saifuddin.Anak muda itu terlalu asyik dengan dunianya.Pening memikirkan anaknya yang satu itu.Sudahlah itu satu-satunya anak lelaki dalam keluarganya.

“Mana lagi anak teruna awak tu merayap?Hish...letih saya dengan sikap dia yang tak habis-habis keluar malam.Dah tu balik tengah malam.Tak tahulah apa nak jadi dengan anak kita yang sorang tu.Susah-susah kita kahwinkan aje dia tu.”Bebel Dato’ Syed Mokhtar.
“Abang ni..ingat kahwin tu perkara mudah ke?Syu tak rasa tu jawapan untuk masalah Harith ni.”Bantah Datin Syarifah Syuhada.
Dia mengambil tempat bersebelaha dengan suaminya.
“Abang bukan apa.Rimas dengan dia tu.Setiap kali abang pergi mana-mana function,ada saja desas-desis dia denga model apa entah namanya.Abang tak kisah kalau diorang serius.Tapi nie tak,abang tengok perempuan tu aja yang terhegeh-hegeh kat dia.Abang malu tau bila ada orang cakap benda-benda tak baik pasal anak kita.”
“Habis tu?abang nak Syu buat apa?ikat anak abang tu ketat-ketat di tiang.Macam tu?”Syarifah Syuhada
“Awak ni.situ pulak ideanya.Maksud abang.Anak teruna awak tu dah layak ada keluarga.Biar dia tahu erti tanggungjawab sikit.Saya bukan apa sejak dua menjak ni.Saya perasan yang anak awak tu...suka sangat menyendeng dengan setiausaha baru dia tu.Saya tengok baik budaknya.tapi tak tahulah kalau anak awak tu serius denga dia.Abang takut dia nak mainkan budak tu aja.”Ulas Dato’ Syed Mokhtar.
“Betul ke bang?Cantik tak budak tu?Kalau macam tu esok saya nak ke pejabat dia lah.Nak tengok calon menantu kita.”ujar Datin Syarifah Syuhada dengan senyuman.
“Awak ni...saya tak cakap pun yang dia tu calon menantu kita.Cuma saya nampak Harith tu macam terkejar-kejarkan budak tu.Masa dalam meeting minggu lepas.saya perasan dia macam tak ada dalam meeting tu.Di perhati budak perempuan tu sampai naik meremang bulu roma abang.”terang Dato’ Syed Mokhtar dengan nada ketawa.
            Suami isteri itu seakan suka dengan isu yang idbincangkan.Begitulah impian setiap ibubapa.Siapa yang tidak mengidamkan keahagian.Menjadi lumrah manusia yang mahukan kdamaian dan kebahagiaan dalam kehidupan mereka.Sebagai ibu bapa mendoakan yang terbaik dalam kehidupan anak-anak adalah tangungjawab mereka.